Nama Buah rotan

Kuih buah rotan digelar sedemikian kerana bentuknya yang bulat dan bersisik seperti buah rotan. Warnanya yang kuning keemasan juga menyerupai buah rotan. Kuih buah rotan agak keras dan tahan lama. Kuih ini tidak mempunyai inti, berbeza dengan kuih bom.